Kemudahan penjagaan kesihatan Britain berhadapan tekanan yang semakin teruk berikutan peningkatan jumlah pesakit yang menghidap selesema dan COVID-19 dengan pesakit terpaksa menunggu lama serta kelewatan perkhidmatan ambulans.<br /><br />Sejak bermula musim sejuk pada disember tahun lepas, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain menjadi agenda penting negara dengan kerajaan teruk dikritik kerana "berdiam diri terhadap krisis NHS".
